2020 Pertandingan Filem Pendek PSPA - "Iklim & Kita"

Updated: Sep 12

Versi Bahasa Inggeris

Meminta Penyerahan! Penyertaan dialu-alukan!


Tahun 2020 ini telah menjadi penukar permainan atau ‘game-changer’ untuk masyarakat di mana kita dikekang dan dibendung oleh mobiliti dan sentuhan fizikal. Disebabkan batasan tersebut, kegiatan PSPA telah juga terjejas teruk di mana acara dan aktiviti yang dirancang sebelumnya terpaksa dibatalkan atau dikurangkan.


Walaupun begitu, kami tidak patah semangat dan sebagai sebuah organisasi yang mantap, kami bertekad mengkaji untuk bergerak semula, mengubah dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya. Sejurus itu, pihak kami telah memutuskan untuk mengatur langkah menerapkan amalan pendigitalan dan mengembangkan sayap kami ke dalam industri perfileman.


Kami amat berbangga mengumumkan buat julung kalinya penganjuran Pertandingan Filem Pendek PSPA. Sehubungan dengan itu, semua pembuat filem tanahair dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.


Tema pertandingan tahun ini adalah “Iklim & Kita” atau “Climate Change & Us!”. Ada beberapa peraturan mudah dan maklumat berkaitan pertandingan ini yang mesti dipatuhi. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen tersebut berserta dengan borang pendaftaran dan borang pengisytiharan untuk makluman semua peserta. Pendaftaran mesti dilakukan semasa karya dihantar ke PSPA.


Tarikh tutup pertandingan adalah 31 Oktober 2020 dan penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Disember kelak serentak dengan bengkel pembuatan filem kami. Filem Pendek yang menang pertandingan akan ditayangkan pada hari yang sama.


HADIAH

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori.


Umum

Pertama RM3,000

Kedua RM2,000

Ketiga RM1,000


Pelajar

(berumur 18 tahun ke atas dan masih menuntut di institusi awam, swasta, politeknik, kolej dan universiti)

Pertama RM1,000 + bengkel

Kedua RM800 + bengkel

Ketiga RM500 + bengkel


Sebutan Khas (Sijil) - bengkel percuma


Kami berharap para peserta dapat mengambil kesempatan sempena wabak malang ini untuk mendapat inspirasi dan merenung apa yang boleh dilakukan agar ramai lebih sedar akan tindakan atau tindak-tanduk kita yang boleh memberi kesan kepada alam semulajadi. Rebutlah peluang ini bagi mengenengahkan idea-idea anda kepada khalayak ramai; pada masa yang sama, PSPA dapat menyediakan ruang dan peluang kepada mereka yang berminat.


Sila hubungi kami melalui ‘FB messenger’, emel pspaipoh@gmail.com atau hubungi pejabat PSPA +605 545 0350 sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan lebih lanjut mengenai pertandingan filem pendek ini.


Selamat penggambaran dan kami berharap dapat menayang hasil karya anda!


Muat turun dokumen anda DISINI.

Registration Form
.pdf
Download PDF • 563KB




Declaration Form
.pdf
Download PDF • 93KB




Rules and Regulations
.pdf
Download PDF • 238KB




#PSPAEvents #2020PSPAShortFilmCompetition

FOLLOW US

Connect with us on the following social media platforms.

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey YouTube Icon
SUBSCRIBE FOR EMAILS
CONTACT US

pspaipoh@gmail.com

151, Jalan Dato' Lau Pak Khuan, Ipoh Garden,

31400 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

+605 545 0350

www.pspaipoh.org/event-booking

FIND US

© 2017 by PSPA.